60 - Ayat Seribu Dinar Sebagai Penangkal???

on Wednesday, December 30, 2009
Dipetik http://bahaya-syirik.blogspot.com
Ayat Seribu Dinar (ath-Thalaq, 65: 2-3) Sebagai Penangkal???


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Beberapa hari yang lalu saya ada menulis sebuah artikel yang agak panjang, bertajuk: “Meraih Keberkatan Dari Iman & Taqwa” dan di dalamnya saya ada ulas berkenaan ayat al-Qur’an yang digunakan sebagai pelaris atau penangkal yang mana saya sebutkan di dalam artikel tersebut sebagai kerap di-amalkan oleh pemilik restoran dan gerai-gerai makan tertentu.

Ada yang bertanya, “ayat apa yang dimaksudkan?” Emm, harapnya tidaklah bertanya kerana hendak mengamalkannya pula ye...

Kepada yang bertanya, ayat tersebut adalah sebagaimana di atas bermula dari penghujung ayat kedua dan sehingga habis ayat ketiga surah ath-Thalaq. Sebenarnya tidak juga terhad kepada ayat itu yang saya maksudkan, kerana ada juga dari kalangan mereka yang menggunakan ayat al-Kursi untuk digantung bagi mencapai maksud mereka. Namun, hanya saja ayat dari surah ath-Thalaq ini yang mana mereka gelarkan sebagai "Ayat Seribu Dinar" cukup mendapat tempat bagi tujuan dan maksud mereka.

Ayat ini sering disalah guna oleh pelbagai pihak dengan tujuan semoga perniagaan dan jualan yang mereka jalankan sentiasa beroleh keuntungan dan jauh dari kerugian. Kaedah yang mereka gunakan adalah dengan menggantungkannya di sebahagian tempat-tempat tertentu dari bahagian kedai atau restoran-restoran mereka. Malah ada sebahagiannya yang sanggup berhabis ratusan ringgit bagi mendapatkan struktur ayat yang lengkap dengan frame dan seni tulisan tertentu.

Walhal, apa yang sebenarnya mereka lakukan itu adalah suatu perbuatan yang menyalahi sama sekali tujuan penurunan al-Qur’an kepada kita. Dalam banyak tempat, Allah menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah sebagai huda (petunjuk), al-Furqon (pemberi peringatan), penjelas (mubin), busyro (berita gembira) dan juga rahmat? (Rujuk: Pengantar Studi Ilmu al-Qur’an, m/s. 19-23) Bukannya sebagai penangkal dan pelaris. Jika benar perbuatan itu adalah suatu yang haqq, maka bawakan contohnya (bukti/penjelasan) dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat beliau yang memperlakukan hal seperti itu.

Tidakkah mereka memahami maksud ayat yang mereka ambil tersebut? Ia tidak lain adalah ditujukan kepada orang yang bertaqwa atau yang hendak bertaqwa. Bukan mereka yang cuba berlaku syirik dengan percaya kepada karut-marut dan tangkal-tangkalan. Manakala penisbahan kalimat “Ayat Seribu Dinar” ke atas ayat tersebut itu sendiri, entah dari mana datangnya. Kalau ada rujukan hadisnya, nak tahu juga saya.

Berikut saya utarakan beberapa hadis yang melarang keras mereka yang cuba bermain dengan tangkal dan azimat. Tidak kira sama ada tangkal itu dijadikan daripada al-Qur’an atau pun bukan al-Qur’an ianya tetap bernama tangkal dan tetap haram dan syirik menurut maksudnya.

"Sesungguhnya jampi mentera (tamaim), tangkal dan guna-guna itu perbuatan yang syirik". (H/R Ibn Majah (3521) at-Tibb. Ahmad (3433) Musnad. Abu Daud (3385) at-Tibb)

"Sesiapa yang memakai (mengantung) tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan". (H/R Turmizi (1998) at-Tibb. Nasaii (4011) Tahrimul ad-Dam)

"Sesiapa yang memakai (bergantung kepada) sesuatu (tangkal, azimat pendinding) maka dia telah bertawakkal dengannya. Allah akan menyerahkan urusannya kepada sesuatu itu". (H/R Turmizi dan al-Hakim)

"Barangsiapa yang memakai sesuatu (tangkal, azimat atau pendinding) maka ia telah mewalikan atau bertawakal kepadanya". (H/R Ahmad (18035) Musnad al-Kufiyyin)

"Dari Isa bin Abdulrahman berkata: Kami melawat Abdullah bin 'Ukaim dan dia sedang sakit maka dikatakan kepadanya: (Ada baiknya) jika engkau memakai sesuatu (tangkal). Maka beliau berkata: Apakah aku akan memakai sesuatu (tangkal) sedangkan Rasulullah saw telah bersabda : Sesiapa yang telah memakai sesuatu (dari jenis tangkal) maka dia telah bertawakkal kepadanya". (H/R Ahmad (18030) Musnad. Turmizi (1998) at-Tibb)

"Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal maka ia telah melakukan kesyirikan." (H/R Ahmad (16781) Musnad)

Islam telah mengharamkan setiap mukmin menyeru selain Allah untuk meminta pertolongan yang melibatkan perkara-perkara yang ghaib. Begitu juga Islam mengharamkan para mukmin dari menggunakan tangkal, azimat, pendinding atau yang seumpamanya kerana benda-benda tersebut tidak akan memberi faedah atau sebarang kesan kepada penggunanya sebagaimana penjelasan Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya:

"Katakanlah! Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai pelindung) selain Allah mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah di langit dan di bumi dan mereka tidak memiliki suatu saham pun dalam (urusan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya". (Saba', 34: 22)

Sekiranya Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan bahaya, kemudaratan dan bala ke atas mereka yang memakai tangkal, azimat atau pendinding, mereka tidak akan dapat menjadikan benda-benda tersebut sebagai pelindung sebagaimana yang mereka sangkakan.

Firman Allah:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada kamu, maka tiada yang berkuasa menghilangkannya melainkan Allah dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada kamu, maka Dia Maha Kuasa di atas sesuatu". (al-An’am, 6: 17)

Kesimpulan:

1 – Beramal-lah dengan ayat-ayat al-Qur’an dengan cara yang betul, dengan ilmu, membaca, dan berusaha memahami serta mempelajarinya.

2 – Apa yang disarankan melalui ayat surah ath-Thalaq, 65: 2-3 itu sendiri meminta kita untuk bertaqwa dan Allah akan memberi ganjaran rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka serta akan membantu mereka yang bertaqwa dengan mencukupkan keperluannya.

3 – Ayat al-Qur’an bukan bahan untuk dijadikan sebagai tangkal dan alat pelaris. Malah perbuatan mempercayai tangkal itu sendiri termasuk ke dalam hal yang syirik dan berdosa besar.

4 – Langkah terbaik untuk meminta pertolongan adalah dengan cara berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi Rezeki. (Rujuk al-A’raaf: 180, az-Dzariyat: 58, dan al-Baqarah: 186) Di samping sentiasa berusaha menggandakan usaha dan mempelbagaikan strategi pemasaran/perniagaan yang betul.

Wallahu a’lam...



on Wednesday, December 23, 2009



on Tuesday, December 8, 2009
Ulasan Dr Mohd Asri Asri Terhadap Kenyataan Mufti Selangor
Disiarkan pada Dec 08, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Saya Tidak Lebih Baik Daripada Nabi Musa, Mereka Yang Lalai Itu Tidak Lebih Buruk Dari Firaun -Dr Asri



Melihat kepada kenyataan Yang Diraikan Tuan Mufti Selangor, (sila klik di sini) saya kira beberapa sudut pandangan ingin saya berikan;



Pertama: saya menghormati perbezaan dan hak beliau untuk memberikan pendapat. Saya tidak akan mempertikaikan hak bersuara dan memberi pendapat selagi ia diuruskan dengan kematangan intelektual, bukan dengan kerakusan kuasa.



Kedua: Dalam sejarah dakwah, insan-insan yang lebih baik daripada kita bahkan tidak dibandingkan dengan kita iaitu para nabi telah pergi berjumpa dan berbicara dengan mereka yang jauh lebih buruk, zalim dan sangat menderhakai Allah dibanding sesetengah mereka yang lalai hari ini.

Bacalah al-Quran, contohnya, bagaimana Nabi Musa diperintahkan Allah untuk berjumpa Firaun di istana Firaun yang penuh dengan kesyirikan dan kezaliman. Nabi Musa a.s telah pergi, bertemu, menasihati dan berbicara dengan Firaun.

Adakah sesiapa yang merasakan dirinya lebih baik daripada Nabi Musa a.s. dan masyarakatnya lebih buruk daripada Firaun? Dakwah itu mulia kerana tujuannya mulia di mana pun ia pergi. Adakah hanya orang masjid sahaja yang patut mendengar ajaran Islam sementara yang lain dibiarkan hanyut?! Saya rasa tidak demikian, dakwah ini bersifat merakyat dan merentasi segala sempadan.

Ketiga: Malanglah dakwah ini jika ‘golongan bergaji’ atas nama agama hanya ingin duduk dalam bilik berhawa dingin dan atas kerusi empuknya sahaja. Lantas menganggap jijik untuk turun ke padang. Malanglah dakwah ini jika setiap hanya mengukurnya dengan kerja rasmi atau kadar gajinya.

Lebih malang lagi, jika kita menerima gaji lebih besar dari kerja dakwah yang dijalankan. Jika baginda Nabi Muhammad s.a.w tidak pergi ke setiap pelosok masyarakat baginda dan hanya duduk di masjid dan rumah mewah sahaja, tentulah Islam tidak berkembang dan tersebar. Kita patut mencontohi Nabi s.a.w. dan tidak boleh bongkak dan membesar diri. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak bergaji, sedangkan kita bergaji dan berkereta mewah.

Keempat: Saya berterima kasih dengan sokongan yang tidak putus dari berbagai pihak yang ingin menyertai dan berkerjasama dalam usaha dakwah ke serata tempat termasuk pusat-pusat hiburan. Sokongan artis, ahli politik dan anak-anak muda amat memberangsangkan. Sokongan ini bukan untuk kepentingan saya, tetapi untuk masa depan kesedaran dakwah untuk umat ini.

Kelima: Saya akur dengan kesibukan tugas yang ada. Bukanlah semesti saya akan pergi sentiasa ke tempat-tempat tersebut. Namun sebagai rangsangan awal dan galakan kepada usaha-usaha mendekati sasaran dakwah maka saya insyaAllah akan cuba mendapatkan masa yang sesuai untuk memulakan langkah awal dan galakan. Selepas itu menyusun program ke arah membantu hal tersebut.

Keenam: Saya berharap setiap individu muslim meneruskan usaha menyampaikan kebaikan Islam. Jangan takut dengan halangan isu tauliah, tetapi takutlah Allah jika kita gagal menyampaikan kesedaran, kebenaran, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar.

dakwahnya sehingga ke pusat-pusat hiburan namun larangan Jabatan Agama Islam Selangar (JAIS) terhadapnya menghalang usaha itu.

on Sunday, December 6, 2009
KANGAR, 5 Dis (Bernama) — Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat mengembangkan kegiatan dakwahnya sehingga ke pusat-pusat hiburan namun larangan Jabatan Agama Islam Selangar (JAIS) terhadapnya menghalang usaha itu.



Katanya beliau bercadang memulakan usaha itu di Selangor kerana terdapat banyak pusat hiburan di negeri itu dikunjungi oleh golongan Melayu.



Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan motivasi sempena hari keluarga RTM Perlis di Tasoh Lake Resort & Retreat di sini pada Sabtu, beliau berkata pada masa ini tumpuan ceramah oleh pendakwah hanya pada majlis rasmi dan tempat beribadat.

“Sepatutnya mereka juga memasuki pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan golongan Melayu sedikit demi sedikit tentang kefahaman Islam sebenar,” kata bekas mufti yang mencetuskan kontroversi di Selangor.

Ketika menyampaikan ceramah, Mohd Asri mencadangkan para artis tanah air supaya menyelitkan budaya murni dalam persembahan mereka termasuk menasihati orang ramai melakukan sesuatu yang baik semasa persembahan mereka.

Sebagai individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat, beliau berkata golongan artis mempunyai peranan membentuk sikap masyarakat sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.

Mohd Asri turut menyelar segelintir ibu bapa yang membiarkan tabiat songsang anak-anak mereka termasuk anak lelaki yang mempunyai jiwa perempuan dan lebih suka berlagak perempuan.

Katanya setiap lelaki perlu menjadi lelaki dan mereka tidak boleh diubah menjadi perempuan melalui perubahan perlakuan dan pakaian.

PENJELASAN HADITH

on Saturday, December 5, 2009
1. HADITH IALAH RIWAYAT YANG BERUPA UCAPAN ATAU PERBUATAN ATAU TAQRIR ATAU KEADAAN PERILAKU DAN FIZIKAL NABI SAW
2. MATAN IALAH KALIMAT ATAU REDAKSI SEBUAH HADITH
3. SANAD IALAH RANGKAIAN RAWI YANG MENJADI JALAN PERIWAYAT HADITH
4. ISNAD IALAH TINDAKAN MEMBUAT SANAD DARI AWAL SAMPAI AKHIR UNTUK MENGETAHUI MAKSUD SEBUAH HADITH
5. MUSNAD IALAH HADITH YANG BERSANADNYA BERSAMBUNG DARI SEJAK AWAL SAMPAI SUMBER HADITH.
6. HADITH MUTAWATIR IALAH SEBUAH HADITH YANG MENCUKUPI 4 SYARAT IAITU
a. Dirawikan oleh orang ramai yang mustahil mereka bersepakat untuk berdusta
b. Menurut adat atau kebiasaan orang-orang tersebut tidak mungkin melakukan dusta bersama-sama
c. Bahagian pucuk dari sanad tersebut menghasilkan pengetahuan yang sangat asas iaitu satu keyakinan yang tidak dapat ditolak atau diragukan kebenarannya.
7. HADITH AHAD IALAH HADITH YANG HANYA MEMPUNYAI SATU SANAD SAMPAI TIGA SANAD. LAWAN HADITH AHAD IALAH MUTAWATIR YANG BERSANAD 4-10
8. HADITH SAHIH IALAH YANG DIRIWAYATKAN OLEH RAWI YANG ADIL, KUAT HAFALANNYA,SANADNYA BERSAMBUNG,TIDAK CACAT ,TIDAK MENYALAHI AYAT ALQURAN ATAU HADIS YANG LEBIH SAH, RAWINYA MUSLIM,BALIGH LAGI BERAKAL,RAWI-RAWINYA MENJAUHI PERBUATAN DOSA, DAN HAFAL SEHINGGA DAPAT MEYEBUTKAN BILA DIPERLUKAN OLEH ORANG YANG MINTNYA.
9. HADITH HASAN IALAH HADITH YANG MEMENUHI SYARAT-SYARAT SAHIH TETAPI RAWINYA KEMAMPUAN HAFALANNYA SEDIKIT BERKURANG.
10. HADITH DHAIF IALAH HADITH YANG TIDAK MEMENUHI SALAH SATU DARI SYARAT-SYARAT HADITH SAHIH
11. HADITH MASYUR IALAH HADITH YANG TIDAK DIRIWAYATKAN DENGAN TIGA SANAD ATAU LEBIH TETAPI TIDAK MENCAPAI SYARAT MUTAWATIR
12. HADITH AZIZ IALAH HADITH YANG DIRIWAYATKAN DENGAN DUA SANAD SAJA
13. HADITH GHARIB IALAH HADITH YANG DIRIWAYATKAN DENGAN SATU SANAD YG PADA SANAD-SANADNYA TERDAPAT RAWI YANG SAMA
14. HADITH MAQBUL IALAH HADITH YANG DITERIMA UTK DIJADIKAN DASAR ATAU HUJJAH
15. HADITH MUHKAM IALAH HADITH YG TIDAK BERLAWANAN DGN HADITH LAIN
16. HADITH NASIK IALAH HADITH YANG MENGHAPUSKAN ISI HADITH YG LAIN
17. HADITH MUAALLAQ IALAH HADITH YANG DLM SANADNYA HILANG SEORANG RAWI PADA PERMULAAN SANAD DAN PENCATAT HADITH LANGSUNG MENYEBUTKAN SUMBERNYA. MISALNNYA DARI NABI,
18. HADITH MURSAL IALAH HADITH YG DIRIWAYATKAN OLEH SEORANG TABIIN LANGSUNG MENYEBUT NABI TANPA PERANTARA SEORANG SAHABAT.
19. HADITH MUDAL IALAH HADITH YG DALAM SANADNYA GUGUR DUA RAWI BERTURUT-TURUT
20. HADITH MUNQATHI IALAH DALAM SANADNYA GUGUR SEORANG ATAU DUA ORNG RAWI TIDAK BERTURUT-TURUT
21. HADITH MUDALLAS IALAH DLM SANADNYA TERDPT RAWI YG SUKA MENGATAS NAMAKAN ATAU MENGGANTI SESEORANG DGN NAMA LAIN AGAR PENDENGAR MERASA TERTIPU
22. HADITH MAUDU IALAH HADITH PALSU IAITU SESEORANG MENGATAKAN BERASAL DARI NABI PADAHAL SEBENARNYA NABI TIDAK BERSABDA SEPERTI YG DIKATAKANNYA
23. HADITH MATRUK IALAH HADITH YG DIDALAM SANADNYA TERDAPAT RAWI YG DITUDUH BERDUSTA
24. HADITH MUNGKAR IALAH HADITH YG DLM SANADNYA TERDAPAT RAWI YG LALAI ATAU BERBUAT DOSA-DOSA BESAR
25. HADITH MUALLAL IALAH HADITH DLM SANADNYA TERDAPAT RAWI YG MEMPUNYAI CACAT SAMAR-SAMAR SEHINGGA SECARA ZAHIR TERLIHAT BAIK TETAPI SETELAH DISELIDIK TERDAPAT KESALAHAN ATAU KEKELIRUAN. HADITH TERBAHAGI KEPADA DUA : -
a. CACAT TERSEMBUNYI PADA MAKSUD
b. CACAT TERSEMBUNYI PADA SANAD
26. HADITH MUDRAJ IALAH HADITH YG TERDAPAT TAMBAHAN DARI RAWI PD AWALNYA ATAU AKHIRNYA DLM MAKSUD HADITH YG BOLEH JADI KATA-KATA TAMBAHAN ITU MERUPAKAN PENAFSIRAN DARI RAWI SENDIRI ATAU DARI PENJELASAN SEORANG SAHABAT
27. HADITH MUBHAM IALAH SEBUAH HADITH YG DIDALAM SANADNYA TERDAPAT SEORANG RAWI ATAU LEBIH YG TIDAK JELAS NAMANYA
28. HADITH SYAZ IALAH HADITH YG MENYALAHI RIWAYAT LAIN YG LEBIH SAHIH
29. HADITH MARFU IALAH HADITH YG SUMBERNYA DRPD NABI SAW BAIK DISEBUT SECARA JELAS ATAU DIPANDANG SEBAGAI YG SEHARUSNYA MMG DARI NABI
30. HADITH MAUQUF IALAH HADITH SUMBERNYA HANYA SAMPAI SAHABAT DAN TERLEPAS DARI TANDA-TANDA SUMBERNYA LANGSUNG DARI NABI BAIK BERUPA UCAPAN ATAU PERINTAH
31. HADITH MAGTU IALAH HADITH YG SUMBERNYA BERHENTI PADA TABIIN
32. MUTTAFAQUN ALAIH IAITU BUKHARI DAN MUSLIM


Hadith Mutawatir Lafzi Dan Mutawatir Maknawi


KLAFIKASI HADITH MUTAWATIR

Para ahli ushul membahagi Hadith Mutawatir kepada dua bahagian iaitu mutawatir lafzi dan mutawatir maknawi.
Hadith Mutawatir Lafzi ialah Hadith yang diriwayatkan oleh orang banyak yang susunan redaksi dan maknanya sesuai benar antara riwayat yang satu dengan lainnya.

Hadith Mutawatir Maknawi ialah Hadith yang rawinya berlain-lainan dalam menyusun redaksi pemberitaan tetapi berita yang berlain-lainan susunan redaksinya itu terdapat persesuaian prinsipnya.

Faedah Hadith Mutawatir ialah memberi faedah ilmu yang harus untuk menerima bulat-bulat sesuatu yang disampaikan oleh Hadith Mutawatir hingga membawa kepada keyakinan yang pasti.



Hadits Lemah Dan Palsu Dalam Ibadah


Buku ini mengandungi Bab Thaharah,Shalat,Jenazah,Zakat,Puasa Dan Haji
Harga Dalam RM 98,
Pengarang : Zakaria Bin Ghulam Qadir Al-Bakistani
Penerbit : DarusSunnah Press

SAY TO LOVE QURAN



al-kulliyah

on Wednesday, December 2, 2009




kEMBALI KE JALAN YANG BENAR

on Saturday, November 28, 2009
ARAFAH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh semalam mengingatkan hadirin bahawa masalah serius yang dihadapi umat Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada penyimpangan fahaman Islam sebenar.

“Penyimpangan ini mengetepikan prinsip yang benar dalam Islam dan mengangkat kepercayaan yang salah,” katanya.

Menurutnya, kepatuhan kepada kepercayaan Islam sebenar adalah sangat penting bagi seseorang penganut Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah di masjid Namira di Arafah sebelum mengimamkan jemaah menunaikan solat Jumaat.

Abdul Aziz turut mengecam serangan pengganas dan operasi berani mati kerana menyebabkan kematian ramai orang awam yang tidak berdosa.

“Operasi berani mati dicela di tanah orang Islam. Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada hadirin supaya tidak menjadi alat kepada musuh Islam yang tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan agama suci itu.

“Musuh Islam pada zaman moden ini tidak jauh berbeza dengan musuh pada zaman lampau. Apa yang berbeza hanya strategi yang diubah mereka supaya bersesuaian dengan peredaran masa,” katanya. Sinar/-


batalkah wudhu bila sentuh isteri

on Thursday, November 26, 2009

SALAF AS-SALIH

on Wednesday, November 18, 2009
1. PENGERTIAN SALAF DAN KHALAF

a. Ahlul Salaf As-Salih berfahaman dan hidup di zaman Nabi S.A.W dan adalah ulama-ulama terdahulu yang terdekat dengan masa nabi S.A.W.
b. Hidup dalam 300 tahun sejarah zaman Nabi berdasarkan hadis Nabi S.A.W dalam Sahih Bukhari dan Muslim “ Sebaik-baik kamu adalah kurunku,kemudian berikutnya,kemudian yang berikutnya lagi.
c. Rasulullua SAW terangkan bahawa orang-orang muslim yang terbaik adalah orang muslim yang hidup dalam zamannya atau masanya,kemudian orang yang hidup sesudah itu, kemudian yang hidup sesudah itu.
d. Kaum pertama ialah para sahabat-sahabat Nabi SAW,Kaum kedua ialah para tab’in,Kaum ketiga ialah para tabi-tab’in.Kaum inilah yang terbaik yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Maka pentinglah perkataan ertinya perkataan Salaf itu dipelajari kerana segala sesuatu amalam agamanya masih dianggap sangat bersih sebab terdekat dengan masa Nabi SAW.
e. Mazhab ahli Salaf kurun yang terbaik dalam sejarah islam kemudian diiukuti oleh kurun berikutnya kemudian,kemudian kurun ketiga, kurun yang tiada kekacauan sedikitpun dalam dunia pemikiran islam tidak ada aliran mazhab, tidak ada golongan yang mempertahankan pendirian mati-matian, meskipun bertentangan dengan Al-quran dan Sunnah Nabi SAW.
f. Ahli Salaf meyakinkan dan mengaku bahawa Tuhan itu adalah satu tunggal,wahdaniat, Muhammad SAW itu pesuruh Allah SWT, yang dikurniakan dengan risalah dan nubuwah,mereka mengenal Allah SWT dan sifat-sifatNYA dari wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
g. Mereka mengaku bahawa Quran itu Kalam Allah SWT dan kitab-kitabNYA,perintaNYA, bukan rekaan oleh manusia, barangsiapa berkata bahawa Quran adalah rekaan manusia dengan berkeyakinan maka dia adalah kafir. Quran itu kalam Allah SWT dan wahyuNYA diturunkan kepada Nabi SAW perantaraan JIbril dalam bahasa arab.
h. Mereka mengakui dalam Quran bahawa Tuhan bersemayam diatas Arasy tetapi tidak membicarakan bagaimana. Kerana persemayaman itu tidak diketahui, tidak mau terang-terangan mereka menyebut Tuhan itu bertempat tertentu sebagaimana dikatakan oleh Jahmiyah (Ibn Mubarak)
i. Mereka tidak akan membicarakan tentang asma Tuhan,Sifat-sifatNYA,kalamNYA dan KudratNYA kerana yang demikian itu dianggap bi’daah, mereka diam dalam persoalan itu sepertimana para sahabat dan tabiin.
j. Ahli Salaf meyakini adanya hari kebangkitan segala apa yang ditentukan Allah SWT dalam wahyuNYA mengenai urusan itu seperti penerimaan surat laporan,mengenai pertanyaan-pertanyaan mengenai gempa bumi,mengenai sirath,mengenai timbangan dosa,mengenai perhitungan amalan yang baik atau pun sebaliknya.
k. Ahli Salaf percaya dgn syafaat Nabi SAW bagi orang yagn beriman, yg melakukan dosa besar (ANAS) dan percaya bahwa orang yg lebih berhak mendapat syafat itu ialah mereka yg mengakui bersungguh-sungguh bahwa Tiada Tuhan Melainkan Allah SWT (Abu Hurairah).
l. Selain itu, salaf juga percaya bahwa IMAN itu harus dilakukan dgn perbuatan,perkataan sbgmn mereka mengakui bahwa iman dapat bertambah kerana taat dan berkurang kerna maksiat.
m. Salaf mmg ada menghukumkan seorang muslim kafir jika ia meninggalkan sembahyang fardhu (Ahmad Bin Hambal) manakala Imam Syafie menerangkan bahwa ia tidak jatuh kafir selama masih meyakini kewajipannya.
n. Salaf menetapkan bahwa ajal bagi setiap manusia terletak pada Allah SWT, susah dan senang adalah ketentuanNYA.
o. Salaf juga membasmi bidah bukan hanya menjauhkan bidah tetapi membasmi secara aktif terutama dalam bersangkut paut dengan tauhid dan ajaran mengesakan Allah SWT.



on Thursday, November 12, 2009








tashahudd






Biodata Dr.asri

on Monday, November 2, 2009
Biodata Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Saya seorang hamba Allah seperti hamba-hambanya yang lain. Tiada kelebihan, melainkan jika ada hanya kurniaanNya semata. Dalam perjalanan kita hidup setakat ini telah direzekikan dan diuji dengan beberapa kesempatan seperti berikut;

NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

JAWATAN:

* Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
* MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
* Sekarang sedang menjalani cuti sabatikal di UK di bawah USM.

PENDIDIKAN FORMAL:

* Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
* Kolej Islam Klang

1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
2. M.A Pengajian Islam USM.
Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
3. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
4. IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel: KEMBARA ILMU KE INDIA

ANUGERAH:

* Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
* Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
* Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
* Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H

AKTIVITI SAMPINGAN:

* Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008).
* Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA (13 Disember 2008- sekarang)
* Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com

PENERBITAN

1. Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
3. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
4. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
5. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
6. Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
7. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
8. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
9. Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
10. Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
11. Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
12. Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
13. Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
14. Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
15. Fanatik Mazhab: Kesan Terhadap Pemikiran Umat, Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
16. Arus Tajdid: Fikrah Merentasi Jemaah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
17. Hadis Palsu: Kesan Terhadap Pemikiran Umat. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007)
18. Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
19. Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
20. Warisan al-Hadis: Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran. Penerbitan USM. (2008).
21. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Utusan Publication. (2008)

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA:
TAHUN 2004

1. Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
2. ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
3. Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
4. Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
5. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIA (2004).
6. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
7. Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
8. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
9. Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
10. Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
11. Konsep Bid’ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti P.Pinang (2004).
12. Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
13. Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
14. Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).

TAHUN 2005
15. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
16. Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam Liberal, DBP & Karangkraf. (2005).
17. Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
18. Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
19. Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
20. Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul al-Quran JAKIM, Kuala Kubu Selangor. (2005)
21. Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
22. Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
23. Menangani Isu Bidah Melalui Pendekatan al-Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
24. Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).

TAHUN 2006
25. Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
26. Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
27. Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006).
28. Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
29. Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
30. Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
31. Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).

TAHUN 2007
32. Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007).
33. Pendirian Ulama Ahl al-Sunnah Dalam Mempertahankan Sunnah. Seminar International Pembaharuan Pemikiran Islam. Universitas Hamka, Hotel Aryaduta, Jakarta. (18-20 Februari 2007)
34. Bangsa Melayu: Satu Persimpangan Identiti Belia Dari Perspektif Islam. Sidang Meja Bulat, Geostrategik, Bil 1/2007, Bahagian Keselamatan Negara, JPM Dengan Kementerian Belia Dan Sukan, Hotel Reniassanse, Melaka. (3-7 April 2007).
35. Beberapa Peranan Sirah Dalam Tamadun Manusia. Seminar Warisan Nabawi, University Sains Islam Malaysia, Kuala Lumpur (12 Julai 2007).
36. Al-Imam al-Ghazali r.h: Beberapa Kritikan Ulama Terhadap Karya-Karyanya. Seminar Pendekatan Ahl al-Sunnah (Mazhab-Mazhab). Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara, Hotel Garuda, Plaza Medan. (10-11 Ogos 2007).
37. Islam Dan Cabaran Pemikiran. Munaqasah Fikr Islami, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (14 Ogos 2007)
38. Hadis Palsu: Kesannya Terhadap Imej Umat. Seminar Imej Islam, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiyyah, Singapura. (25-26 Ogos 2007).
39. Ucaptama: Wanita Dan Syariat. Minum Petang WIRDA, Masjid Wilayah, KL. (28 Oktober 2007).
40. Peranan Pegawai Pengurusan Masjid Dalam Menjana Penghayatan Sunnah. Seminar Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. (17 November 2007)
41. Konflik Umat Islam Masa Kini (Mengapa Kita Gagal Membina Tamadun). Diskusi Semasa, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (27 Disember 2007).

TAHUN 2008
42. Perancangan Bandar Satu ‘Ibadah. Wacana Ilmu Perancangan Bandar Dari Perspektif Islam. Kuliyyah Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM. (17 Jun 2008).
43. Keperluan Muzakarah Antara Parti-Parti Politik Muslim. Seminar Masa Depan Politik Malaysia. Kolej Ungku Omar, UKM. (23 Julai 2008).
44. Al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah Dan Karya Sirahnya Zad al-Ma’ad. Seminar: Buku Agung Dan Karya Perdana Dalam Tamadun Islam Dan Peradaban Melayu, IKIM. (12-13 Ogos 2008)





SIDANG MEDIA DR ASRI MENYANGKAL TUDUHAN PGSM





isu semasa















isu semasa















Penahanan Dr Asri: JAIS pilih kasih, kata Shahidan

Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menyifatkan isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai sesuatu yang memalukan.

Kata Shahidan yang menghubungi mstar Online dari Manchester pagi tadi, beliau hairan kenapa Dr Asri yang ditahan sedangkan banyak lagi isu-isu agama lain yang lebih penting tidak diberi perhatian oleh JAIS.

"Orang menghina agama, anti-Islam, JAIS tak pula ambil tindakan tapi seorang bekas Mufti, seorang ulamak memberi ceramah, ditangkap pula. Perbuatan ini tidak mengikut lunas-lunas Islam.

"Wajarkah seorang bekas Mufti dan ulamak dilayan sedemikian? ," tanya Shahidan.

Katanya lagi, kuasa bukan terletak sepenuhnya pada JAIS.

"Dalam isu ini, saya lihat siapa saja yang lawan mereka (JAIS) semuanya akan diambil tindakan. Nampaknya JAIS pilih kasih...," jelas Shahidan.

Katanya lagi, perkara-perkara sebegini hanya akan menjumudkan fikiran orang-orang Islam kerana gambaran sebenar kejadian penahanan Dr Asri oleh JAIS banyak mengelirukan.

"Disebabkan perkara ini sudah berlaku, saya ingin mengesyorkan supaya pentadbiran Islam diletakkan di bawah satu bumbung supaya senang diselaraskan," kata Shahidan.

Semalam, Dr Asri ditahan oleh pegawai-pegawai JAIS yang datang seramai 35 orang dengan diringi oleh 20 polis beruniform untuk menahan bekas mufti tersebut kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah. Dr Asri dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Dan pagi tadi, Dr Asri telah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi tadi untuk merakamkan keterangan.

Lebih 100 individu memenuhi perkarangan mahkamah sejak awal pagi tadi untuk memberi sokongan terhadap Dr Asri yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta enam orang peguam dari pelbagai firma guaman.



Penahanan Asri tiada campur tangan pusat: Jamil

KUALA LUMPUR - Susulan penahan Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin malam tadi, beliau kini berada di Hotel Putra berhadapan Institut Jantung Negara bagi satu pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom di sini.

Beliau yang dilepaskan pihak Jais dengan bon tanpa cagaran dan diarah hadir untuk siasatan pada bila-bila masa diperlukan hadir kira-kira jam satu petang tadi.

Jamil Khir ketika ditemui di lobi hotel di sini berkata, perjumpaan ini dilakukan bagi menjelas dan mendengar perkara sebenar yang berlaku.

"Kerajaan pusat tiada kena mengena dalam hal ini dan ia merupakan bidang kuasa kerajaan Selangor di bawah Jais.

"Saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan buat masa ini memandangkan tidak memperolehi cerita sebenar dari beliau (Asri) mahupun Jais," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pusat tiada agenda dalam hal ini malah menolak sebarang agenda politik.

"Biarlah perkara ini dijelaskan pihak Jais memandangkan ia di bawah bidang kuasa mereka," kata Jamil ketika ditemui Sinar Harian sebelum pertemuan beliau dengan Asri di sini



on Friday, October 30, 2009
salam

salam mempelajari ilmu nahwu adalah sangat baik disamping mempelajari tentang kemahiran memahami tentang makna yang terdapat dalam alquran....seseorang yang berminat tentang ilmu nahwu tersebut mahir dalam menafsirkan secara per kata dan kemahiran itu dapatlah di tafsirkan secara satu persatu...buku mengenainya adalah Tafsir Al-quran Perkata ada di pasaran sekarang harga lebih kurang dalam RM130 sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya tafsiran alquran ini adalah sangat baik kerana terdapat 3 in 1 iaitu tafsiran per-kata, asbabul nuzul dan tafsir secara matang...



Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan Ilahi

on Wednesday, October 14, 2009

Cahaya Hidayah

Hati, Ujian dan Kepatuhan

Waktu gempa di Padang menyamai 3 nas al-Quran

leave a comment »

Oleh Ibrahim Abdullah

Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan Ilahi

SEGALA kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim.

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.

Dengan pelbagai kebetulan yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita. Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? Mungkin kita tidak peduli atau mentertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW? Semua terpulang kepada kita.

Manusia bukan makhluk tunggal di muka bumi ini. Manusia bersama makhluk lain yang juga memiliki hak sama untuk dapat hidup mengikut sunnatullah yang ditetapkan Allah SWT. Walaupun alam dengan isinya mungkin ditundukkan oleh manusia dengan ilmu pengetahuan, tidak bererti alam harus tunduk kepada manusia.

Alam tetap patuh dan pasrah (Islam) kepada Allah. Alam dengan segala isinya memiliki kehidupan sendiri. Harus disedari, kita dan alam memiliki hak yang sama untuk mengabdikan kepada Allah, tentu saja dengan cara sendiri. Sebenarnya sesama makhluk Allah, kita harus dapat harmonikan kehidupan dengan alam. Jika tidak, berlaku ketegangan, pertembungan dan saling menghancurkan.

Antara yang perlu kita perhatikan disebut al-Quran tasbih bumi iaitu bumi juga makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Orang bertasbih menyucikan Allah daripada segala perbuatan yang tidak sewajarnya.

Kata Subhanallah yang selalu kita lafazkan selepas solat bererti Maha Suci Allah dengan segala sifat dan perbuatan-Nya. Ilmuwan Muslim, Zaghlul an-Najjar, dalam bukunya Shuarun min Tasbih al-Kainaat Lillah (Ketika Alam Bertasbih) menyatakan: Al-Quran menegaskan langit dan bumi dapat berbicara, menangis dan berasa sakit serta pedih.

Riwayat daripada Nabi SAW yang menjelaskan makna Surah al-Zalzalah, ayat 3, yang mengatakan: Pada hari itu bumi menceritakan. Baginda bertanya: Tahukah kamu beritanya? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.’ Baginda berkata: Sesungguhnya berita ia (bumi) bersaksi atas hamba atau umat yang berada di atasnya. Ia (bumi) berkata, melakukan ini pada hari ini, begini dan begitu. (Riwayat at-Tirmizi).

Amat mengelirukan jika kita menganggap bumi sebagai benda mati yang tidak memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Jelas bahawa bumi tempat kita berpijak selalu bertasbih dan berdialog kepada Allah SWT.

Bumi menyucikan Allah dan memuji-Nya dengan cara yang tidak kita ketahui. Apakah akan terjadi jika manusia yang hidup di muka bumi ini tidak bertasbih kepada Allah. Betapa seksanya bumi menampung manusia kufur, berdosa, bermaksiat dan melupakan Allah. Bumi berasa berat dan menanggung beban yang tidak tertahan kerana dipijak manusia yang derhaka dan berdosa.

Gempa adalah reaksi bumi. Kita memerlukan pendekatan teologi dan spritual. Gempa membuat manusia sedar bahawa selain manusia, langit dan bumi berserta apa yang ada di dalamnya juga makhluk Allah yang memiliki hukum dan kehidupannya sendiri. Bumi agak marah kepada manusia yang tidak pernah tersedar, kufur, dan ingkar kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban (yang dikandungnya), dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini?) (Surah al-Zalzalah : 1-3)


Manusia sering salah guna kuasa, abai tugas khalifah di bumi »

Bottom of Form

I Love Al Quran

quranonhand

Al Baqarah : 269

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)

Matlamat sebuah kehidupan

Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Al Baqarah : 269

He giveth wisdom unto whom He will, and he unto whom wisdom is given, he truly hath received abundant good. But none remember except men of understanding. (269)

Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)

46-Al-Ahqaf (juz 26)

And We have commended unto man kindness toward parents. His mother beareth him with reluctance, and bringeth him forth with reluctance, and the bearing of him and the weaning of him is thirty months, till, when he attaineth full strength and reacheth forty years, he saith: My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favour wherewith Thou hast favoured me and my parents, and that I may do right acceptable unto Thee. And be gracious unto me in the matter of my seed. Lo! I have turned unto Thee repentant, and lo! I am of those who surrender (unto Thee). (15)

Al Baqarah

Allah tasketh not a soul beyond its scope. For it (is only) that which it hath earned, and against it (only) that which it hath deserved. Our Lord! Condemn us not if we forget, or miss the mark! Our Lord! Lay not on us such a burden as thou didst lay on those before us! Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear! Pardon us, absolve us and have mercy on us, Thou, our Protector, and give us victory over the disbelieving folk. (286)

Akhlak, Akidah dan Syariat

Genius

Genius means 1% inspiration and 99% perspirations

Doa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah... limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan... serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan... Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan... demi kemurahan Mu... wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan... Ya Allah... ampunilah segala dosaku ... dan jauhkanlah aku dari azab seksa api nerakaMu... dan azab seksa di alam baqa serta jauhkanlah dari seksanya ketika sakaratulmaut... Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah zat yang menghimpunkan manusia pada hari Qiamat... Sesungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji... Ya Allah... himpunkanlah apa yang ku inginkan ... (sebutkan keinginan-keinginan tersebut)... kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu... Ya Allah... tambahkanlah kepadaku ilmu... dan berikanlah aku faham dengan pengertian yang baik... Ya Allah... aku memohon padaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian tubuh dan kekayaan jiwa... Ya Allah... matikanlah aku dengan mati yang baik (mampu mengucap kalimah syahadah)... dan janganlah matikan aku dengan mati yang buruk dan keji (mati tidak beriman) Ya Allah... tetapkanlah kami dalam agama Islam... dan ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada sengaja ataupun tidak... dan peliharalah iman kami... Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu… Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu… Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya… Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu… Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu… Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu… Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu… Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…

orang-orang yang beriman

hebatnya-orang2-yang-beriman

Who am I ?

akuI'm Allah's servant/slave. I love peace, happy, enjoy and relax but meaningful environment actually. Studying experience at IPTA- ITM,UTM,UIA and UM. schooled at GRS(1),KL dan ARGS,KL. Born in Taman Keramat, Kuala Lumpur. My villages are at Kg Baru, Kuala Lumpur and Sg Buloh, Selangor. This is my knowledge sharing..and Al Quran is the best for my heart. I'll try to straighten my tongue with heart to achieve Al Jannah, Hopefully. Sometime this seems like my diary..heart improvement. Study is part of my Jihad. My Wish , Today is better than Yesterday and Tomorrow is better than Today. I like wahabi, salafi, Sufi, Tarekat, Tasawuf, Philosophy and other pure religous groups. Alhamdulillah, married with my hubby and have a children. that's me!

Ahli Tasauf Hassan Basri

Beliau menyatakan, “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”

4 mesti dijaga

1. Teguh menjaga kehormatan 2. Redha menerima sedikit 3. Berbuat kebaikan setiap hari 4. Memelihara lidah

3 tingkatan sifat sabar

1. hamba yang berhenti mengeluh 2. sufi yang puas dengan apa yang dititahkan (ini adalah tingkatan asketis) 3. hamba yang mencintai apa saja yang dilakukan Tuhan terhadapnya (ini adalah tingkatan teman sejati Tuhan)

3 tingkatan Taubat

1. Taubat dari melakukan dosa maksiat spt minum arak, judi, zina dll. 2. Taubat dari penyakit hati seperti hasad dengki, ujub, sombong dll. 3. Taubat dari sifat lalai, leka, lagha dari mengingati Allah; ubatnya zikir, baca Quran dll

9 kemuliaan solat Tahajud

Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana. Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya. Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia. Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah. Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan. Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri. Diringankan hisabnya. Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar. Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat. (Raudhatul Ulama).

4 alamat orang beriman

1. Meninggalkan maki 2. Menjauhi menyakiti hati orang 3. Lekas memberi ampun 4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal

1. Cinta pada ilmu 2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji 3.

beza lelaki ngan perempuan mase lunch time

on Monday, October 12, 2009

> Lunch time
>
> Lelaki
> 1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
> 2. Sampai kedai makan, masuk
> 3. Ambik Pinggan
> 4. Letak nasi
> 5. Letak Lauk
> 6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
> 7. Makan
> 8. Habis
> 9. Balik Opis or
> 10. G surau

>
>
Perempuan
> 1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
> 2. Perhatikan orang waktu jalan
> 3. Sempat mengumpat dulu
> 4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
> 5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
> 6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
> 7. Ramai orang, cari kedai lain.
> 8. Jalan lagi
> 9. Dah puas ati..masuk..
> 10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
> 11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
> 12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
> 13. Dah puas ati, ambik nasi
> 14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
> 15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
> 16. Buang balik nasi.banyak. .
> 17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
> 18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
> 19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
> 20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
> 21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
> 22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
> 23. Ambil lauk
> 24. Pusing lagi
> 25. Carik sayur pulak!
> 26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
> 27. Ke kaunter bayaran
> 28. Tgk2 nasi dlm pinggan
> 29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
> 30. Sampai depan kaunter "berapa?"
> 31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
> gambar2..
> 32. Keluarkan duit
> 33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
> 35. Tutup dompet. Ambik nasi
> 36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
> 37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
> 38. Cari tempat duduk lain
> 39. Jumpa.Duduk. .
> 40. Alamak.Air tak order lagi
> 41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
> 42. Order air
> 43. Bangun
> 44. Ambik sudu
> 45. Duduk
> 46. Bangun
> 47. Ambik Tisu
> 48. Duduk
> 49. Air sampai
> 50. Belek dompet (Step tadi)
> 51. Bayar
> 52. Tutup
> 53. Minum air
> 54. Start makan
> 55. Tengok-tengok orang sambil makan
> 56. Makan separuh..kenyang
> 57. Sebab dah minum air
> 58. Letak sudu, letak garpu
> 59. Pinggan tolak tepi
> 60. Borak2 kater makanan tak sedap
> 61. Ngumpat2..tgk orang
> 62. Pukul 2, naik opis..
> 63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!