Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan

on Tuesday, April 28, 2009
berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti �Jomheboh� dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT (SUMBER HARAKAHDAILly 28.4.09)

Halal Dan Haram Dalam Pandangan Islam



Buku ini menerangkan tentang serba sedikit halal dan haram dalam pandangan islam hasil tulisan syeikh muhammad yusuf alqardlawi....

KHUTBAH JUMAAT 24.4.09

on Friday, April 24, 2009
SALAM

HARI INI SYG SOLAT DI MASJID BANDAR BAYAN BARU SYA TERTARIK DENGAN KHUTBAH TERSEBUT ANTARA PENGISIANNYA IALAH ADA 3 PERKARA YANG KITA BAWA BEKALAN KE ALAM AKHIRAT IAITU

1. ILMU YANG DIMAATFATKAN
2. AMAL JARIAH
3. DOA ANAK YANG SOLEH

SELAIN ITU SENTUH GAK TTG HARTA BENDA DAN HUKUM MENGENAI FARAID TAPI SEMPAT SAYA INGAT ADALAH TTG HARTA YG DITGLKAN ( PESANAN KHUTBAH IALAH LEBIH BAIK MENINGGALKAN HARTA BENDA YG BANYAK KEPADA KELUARGA DRPD DLM KEADAAN YG MEMINTA2 KETIKA KITA SUDAH MENINGGAL DUNIA ) DAPATKAN DISIMPULKAN BAHAWA KITA PERLULAH BERJIHAD EKONOMI UTK MEMERANGI EKONOMI DAN BERAMAL DLM MENINGKATKAN EKONOMI UMMAH ISLAM..

anakku degan omega 3

salam

baru-baru ini saya memberi makan kepada anakku makan omega 3 campur dlam susu memang sangat aktif dan saya cuba bg makan semua produk HPA yang akan datang...dan saya pun baru lagi dalam perniagaan MLMS ini dan sangat berminat kerana adalah satu perjuangan yang boleh membantu ekonomi ummah islam....mudah2 han kita dirahmahmati Allah SWT

anakku degan omega 3

Air dalam tubuh

Air dalam tubuh

Kebiasaanya mereka yang mengamalkan herba yang bersifat diuretic perlukan air yang banyak setiap hari.Paling kurang 8 gelas hingga 12 gelas(2-2.5 liter)Namun bagitu jika berlaku oliuria (kencing kurang) pengambilan air yang banyak juga mengakibatkan paru-paru akan dimasuki air.Petanda awal dapat dilihat dimana poket water dibawah mata akan membengkak,penat bila berjalan dan lain-lain lagi.

Keadaan ini sebenarnya satu tanda kerosakan buah pinggang akibat daripada pengambilan ubatan kimia yang berterusan.Pada ketika ini air mesti dikurangkan dan pengambilan herba dalam bentuk larutan lebih baik.Bentuk larutan ialah dengan kaedah membuka kapsul atau air rebusan(akar kayu
).SUMBER jawimedherb

Herba dan ubatan kimia

Mengambil dan menerima herba sebagai ubat bukan bererti menolak seluruhnya penggunaan ubatan kimia.Herba sebagai pilihan utama dalam kes-kes yang telah terbukti kesembuhanya bukanya kes baru yang bersifat “acute”.Penyakit yang bersifat “acute” akan menyerang dengan kadar yang cepat sekiranya lambat tindakan akan membawa kepada keadaan yang lebih serious.Persoalanya bukanya herba tidak mampu bagi mengatasi keadaan sebegini tetapi ia memerlukan perhatian yang dating daripada herbalis yang terlatih.Disamping ubatan herba yang cukup untuk menghadapi pelbagai masalah mendatang.

Satu perkara yang perlu diambil kira ialah berlakunya keadaan dihidrasi yang parah dimana minuman yang diminum tidak akan dapat diterima oleh tubuh.dalam keadaan air yang kurang tubuh akan menjadi lemas dan nafas juga menjadi semakin sukar.Air asam jawa dan air roselle sahaja yang boleh disusup masuk kedalam tubuh melalui minuman.Pesakit perlu memastikan air cukup dalam badan kerana kekurangan air menyebabkan semua herba yang diberikan tidak berkesan.Oleh sebab itu pengecaman boleh dibuat pada bahagian kulit dimana kulit menjadi kecut dan kering dikuti dengan lidah berwarna pink.

Dalam keadaan ini pemberian air melaui drip/infuse sangat sangat diperlukan dan jangan lambat mengambil keputusan kerana ini akan merbahayakan nyawa pesakit.
Posted by jawimedherb at 6:37 PM 0 comments
JMH

Buku “ Jawi Medicinal Herbas” merupakan pembukuan semula tulisan dalam blog saya(jawi Med Herb).Mudah dijadikan rujukan terutama kepada semua ahli yang sedang dan akan menggunakan herba-herba Jawi(HPA) sebagai terapi.Pandangan-pandangan serta pengalaman perubatan herba akan terus dilengkapkan dalam buku –buku seterusnya.Buku ini mengandungi 130 halaman dan terima kasih saya kepada Pak dadi yang telah menyusun semula tulisan ini.

Saya amat berharap ahli-ahli HPA boleh menjadikan buku ini sebagai asas pembacaan awal bagi mengenali pengubatan jawi yang sedang diperjuangkan.Semoga Allah memberikan kita pertunjuk. (Sumber PU herbalis)