on Thursday, April 1, 2010





2.1.1 FI’IL MADHI
Contohnya :-
a) Sila perhatikan lafaz ( أَنْعَمْتَ) dalam SURAH AL-FATIHAH SURAH KE-6 maksudnya Telah Memberi Nikmat Oleh Engkau . Telah Memberi Nikmat ialah Perbuatan @ Kata Kerja yang telah dilakukan, Oleh Engkau ialah Dhamier yang disertakan dalam lafaz FI’IL MADHI itu.

b) Tanda OLEH ENGKAU ialah pada hujung lafaz ( أَنْعَمْتَ) iaitu (ْ ْتَ ) dan berbaris FATHAH ( ̶َ ِ ) atau berbaris atas, dan sebelum
(ْ ْت ) ada baris SUKUN ( ̶َْْ ) atau baris mati.Maka Kesimpulannya bahwa lafaz yang diberi tambahan arti TELAH dipermulaan, dan OLEH ENGKAU diakhirnya dalam pelajaran menterjemah al-quran adalah FI’IL MADHI.
c) Tanda-Tanda Mengenal FI’IL MADHI
- Untuk memudahkan mengenal FI’IL MADHI sila ingat segala tanda yang penting seperti berikut iaitu:-
- GANTINAMA BERSAMBUNG (DHAMIER MUNTTASIL) diakhir FI’IL MADHI iaitu:- ( تُمْ٫تَ٫نأَ٫تُ ) .
i) أَنْعَمْتَُ = Telah menikmatkan oleh aku
ii) أَنْعَمْنأََ = Telah menikmatkan oleh kami
iii) أَنْعَمْتَ = Telah menikmatkan oleh Engkau
iv) أَنْعَمْتُمَْ = Telah menikmatkan oleh kamu
- Empat Contoh diatas itu adalah jadi pedoman selalu dijumpai sewaktu mempelajari Terjemahan al-Quran, dan ada 14 Tashrif atau edarannya, iaitu :-



KLIK PADA GAMBAR UTK LBH JELAS

No comments:

Post a Comment