1. PELAJARAN PERTAMA

on Thursday, February 11, 2010
NAMA ( ISIM)
ISIM @ KATANAMA itu ialah lafaz yang menunjukkan NAMA ORANG,HAIWAN dan BENDA.
Ada EMpat tanda atau ALAMAT utk mengenal lafaz-lafaz itu iaitu:-
a. Lafaz ISIM itu boleh dikenal : Jika ada ALIF-LAAM ﴿ﺃل﴾ dipermukaanlafaz atau kalimat,Sila Lihat lafaz-lafaz yang ada ALIF-LAAM itu didalam Surah Al-Fatihah, dan sila perhatikan dari permulaannya :-
ﺃلله= Allah
ﺃلحمڼ= Yang Maha Pemurah
ﺃلحيم= Yang Maha Pengasih
ﺃلعٵلميڼ= Sekalian Alam
ﺃلديڼ= Agama atau pembalasan
ﺃلمستقيم= Yang lurus
ﺃلصرﺃط=Jalan
ﺃلذيڼ=Segala yang
(semua lafaz ini dimulai dengan ﺃل)


b. Jika ada “TANWIN @ BARISDUA Diakhir lafaz itu
Tetapi dalam surah Al-fatihah belum kita jumpai lafaz TANWIN tersebut kerana ada sebab tanwin tersebut ditiadakan. Lafaz-lafaz berikut asalnya ada TANWIN

إس۫مِ asalnya إس۫مٌِّ
ربٌّ asalnya ربِّ
مَإِلِكٌ asalnya مَإلِكِ
يَٯْمٌ asalnya يَٯْمِ
Dan semua perkataan yang ada TANWIN diakhirnya itu adalah ISIM belaka.

c. Bila lafaz itu berbaris KASRAH ( ̶ِ ) .@ berBAWAH diakhirnya dan berbaris bawah di akhirnya itu adalah disebabkan oleh kemasukan lafaz-lafaz ini sebelumnnya :-
مِنْ = daripada فىِ = dalam,pada
إلَي = kepada بِ = dengan
عَنْ = dari لِ = bagi,untuk
عَلىَ = atas گ = seperti
ٯَ = demi تَ = demi

Lafaz-lafaz yg tersebut itu disebut HURUF JAAR @ huruf2 yg membaris bawahkan akhir kalimat ISIM dan lafaz2 tersebut adalah menjadi tanda atau alamat bagi ISIM.
Silalah perhatikan lafaz-lafaz ISIM itu dalam Surah Al-Fatihah itu yang di petik dibawah ini :-
إس۫مِ asalnya إس۫مٌِّ
Pada بdan إس۫مِ =بِسْمِ
Adalah ISIM kerana dia berbaris kasrah ( ̶ِ ) dihujungnya, sebab ia ber KASRAH itu ialah kerana sebelumnya ada huruf بِ = بِسْمِٲللهِ

لِلّٰهِ = Lafaz JALAALAH itu adalah ISIM kerana berbaris kasrah diakhirnya,sebab berbaris kasrah kerana kemasukan لِ sebelumnya = لِلّٰهِ

ٲلشيطأن = إعوزبألله منٲلشيطأن adalah ISIM walaupun tanda ٲل sudah diawalnya tetapi kemasukkan مِنْ sebelumnya.

ھِمْ= عَلَيْھِمِ adalah ISIM kerana sebelumnya tanda عَلَ tetapi ھِمْ adalah disebut GANTINAMA @ DHAMIER.


d. Lafaz-lafaz ISIM itu juga dapat dikenali ada dua kalimat atau perkataan yang bersandaran (idhaafah) antara satu dengan yg lain.
Contohnya :
i) الدِّين يَوْمِ = Hari Pemabalasan.
Maka lafaz يَوْمِ bersandar itu disebut ( mudhaf ) kepada lafaz الدِّين menerima sandaran itu disebut ( mudhafun Ilaihi) maka kedua-duanya adalah ISIM.
ii) sekelian 'alam = الْعَالَمِينَ, Yang Memelihara (Tuhan) = رَبِّ
Maka lafaz رَبِّ bersandar itu disebut ( mudhaf ) kepada lafaz الْعَالَمِينَ menerima sandaran itu disebut ( mudhafun Ilaihi) maka kedua-duanya adalah ISIM.
iii) yang dimurkai = المَغضُوبِ, bukan = غَيرِ
Maka lafaz غَيرِ bersandar itu disebut ( mudhaf ) kepada lafaz المَغضُوبِ menerima sandaran itu disebut ( mudhafun Ilaihi) maka kedua-duanya adalah ISIM.
Nota : anda harus tahu bahawa غَيرِ itu disebut ISIM ISTITSNAA @ GANTINAMA KECUALI dan harus juga ketahui bahawa semua ISIM yang menjadi MUDHAAF ILAIHI itu mestilah KASRAH ( ̶ِ ) dihujungnya.
Selain itu terdapat juga dalam SURAH ALFATIHAH itu ada GANTINAMA @ DHAMIER seperti berikut :-
i) Engkau (Dikau) = كَ,akan = إِيَّا
كَ, adalah DHAMIER MUNFASHIL ( GANTINAMA BERPISAH) kerana terpisah @ terasing dari lain2 lafaz.
ii) mereka = هِمْ, atas = عَلَى
adalah DHAMIER MUTTASHIL (GANTINAMA BERSAMBUNG) kerana ia bersambung dengan lafaz yang lain.
iii) (akan) kami = نَا, tunjukkanlah oleh Engkau = اِهْدِ
adalah DHAMIER MUTTASHIL (GANTINAMA BERSAMBUNG) kerana ia bersambung dengan lafaz yang lain. Kita akan bincang lagi bila dijumpai dalam pelajaran akan datang kelak.

Lafaz-lafaz ISIM itu terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
i) مُذَکَّّر MUZAKKAR iaitu lafaz bg LELAKI
ii) مُوَنَّث MUANNATS iaitu lafaz bg PEREMPUAN
Bagi lafaz kedua-dua tersebut terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-
a) MUFRAD ( مُفْرَدْ ) - LAFAZ ISIM MENUNJUKKAN SATU ` CTH:- SEORANG,SEEKOR,SEBUAH
b) TATSNIYYAH (تََثْنِيَّهَ ) - LAFAZ ISIM BERDUA
c) JAMA (جَمْعَ ) - LAFAF ISIM MENUNJUKKAN BANYAK LEBIH DARI DUA






No comments:

Post a Comment